D LANGKAWI 2011.

D LANGKAWI 2011.

Thursday, May 28, 2009

SEDAP ATAU SIHAT 28.05.2009.

BANYAK PENYAKIT HARI INI DISEBABKAN GAYA HIDUP DAN TABIAT PEMAKANAN TIDAK SEHAT.USAH SALAHKAN MAKANAN.KITA YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP TAHAP KESIHATAN DIRI. Untuk sihat,pemakanan kita harus mengandungi 80 peratus makanan bersifat alkali dan 20 peratus lagi makanan bersifat asid bagi meningkatkan daya ketahanan badan.
MAKANAN BERAKALI. sayur-sayuran segar,buah-buahan segar,bijirin(milet),kekacang dan produk kekacang dan jus segar.
MAKANAN BERASID. bijirin(beras perang,beras putih,gandum,oat) daging,makanan laut,ayam telur,sayur-sayuran dan buah-buahan awet,makanan dihasilkan daripada karbohidrat(roti,mi,biskut) makanan yang banyak menggunakan gula putih(ais krim, coklat, makanan dalam tin,sos)minuman contohnya susu diperoses,dadih, kopi, minuman ringan dan berkarbonat. susu dan produk tenusu.bahan masak (bawang merah dan putih, halia, minyak haiwan dan lada)
PEMAKANAN SIHAT. Makan beras perang menggantikan beras putih.Ganti roti putih dengan roti gandum mil penuh(berserat).. Guna garam laut menggantikan garam putih. Guna gula perang,madu atau molases bagi menggantikan gula putih. Elak penggunaan monosodium glutamat(MSG). Kurangkan penggunaan sos soya dan sebarang sos lain kerana ia mengandungi banyak garam.Kurangkan pengambilan daging,ayam dan telur.Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Hentikan mengambil makanan yang mempunyai pewarna dan perasa tiruan.Makan banyak ulam dan sayur kampung.
SUMBER TOKSID. Makanan berasid. Terlalu banyak mengambil ubat moden. Terlalu banyak lemak. Kolestrrol. Pencemaran alam sekitar.
PANDUAN SIHAT. Bertukar kepada makanan yang menyihatkan. Buat perubahan secara perlahan-lahan(satu persatu). Fahami kesan detoksifikasi(penyingkiran toksid dari badan). Laksanakan amalan pemakanan yang baru ini dengan yakin. Mulakan bersenam. Kuatkan pegangan rohani(keagamaan)..
KANDUNGAN KALORI DALAM HIDANGAN HARIAN.
Keperluan harian lelaki: 2500 kalori,perempuan: 2000 kalori.
Dengan mengurangkan 500 kalori setiap hari dari jumlah yang diperlukan, iaitu lelaki hadkan kepada 2000 kalori, perempuan hadkan kepada 1500 kalori, anda mungkin boleh turunkan berat badan anda 1/2 - 1 kg setiap minggu.
contoh: Nasi putih 1 pinggan(200 gm) 250 kalori.Nasi goreng kampung 1 pingan(200gm) 386 kalori.Nasi goreng cina 1 pinggan (200gm) 400 kalori.Mee goreng 1 pinggan(200gm) 330 kalori.Mee goreng hailam 1 mangkuk(500gm) 609 kalori.Bihun sup 1 mangkuk(500gm) 340 kalori.Roti canai 1 keping(84gm) 266 kalori.Nasi lemak satu pinggan(200gm) 338 kalori.Sambal bilis 3 sudu makan(50gm) 157 kalori.Sambal udang 3 sudu makan(60gm)106 kalori.Sambal sotong 3 sudu makan(60gm) 74 kalori.Telur 1 biji(28gm) 86 kalori.Kari ikan 1 ketul (150gm) 126 kalori.Kari ayam 1 potong(med. 180gm)281 kalori.Kari daging 1 hidangan(180gm) 440kalori.Ikan masak lemak cili padi 1ketul(150gm) 327 kalori.Ikan bakar air asam 1 ketul(150gm)200 kalori.Ayam masak merah 1 potong(med. 180gm)509 kalori.Ayam masak sambal 1 potong(med. 180gm) 509 kalori.Sotong goreng kunyit 3 sudu makan(60gm)80 kalori.Kari sotong 1 hidangan(130gm)200 kalori.Kari kambing 1 hidangan (130gm) 225 kalori.Kailan ikan masin 1/2 cawan(100gm) 100 kalori.Kangkung goreng belacan 1/2 cawan(100gm) 91 kalori.Labu masak lemak 1/2 cawan (100gm) 122 kalori.Kerabu mempelam 1/2 cawan (100gm)145 kalori.
464 kalori dapat di bakar jika berbasikal selama satu jam.